Selamat pagi
dan salam sejahtera...ni artikel saya yang akhirnya berjaya dipublish kat
Berita Harian...agak lama jugak nak dapat respon tapi dengan kesabaran,akhirnya
dapat jugak publish...rasa happy sebab xpernah publish kat newspaper...asalnya
saya buat tajuk "menguasai pelbagai bahasa lahirkan individu
intelektual"....artikel ni publish pada hari sabtu 30 MAC 2013...artikel
ni jgk publish kat Berita Harian Online... kalau sape2 nk tengok boleh la g kat
link ni... http://bit.ly/XQFGxF tapi apa saya dapat tahu,artikel yang dipublish secara
printed, editor memang akan edit artikel kita tapi bila saya tengok kat Berita
Harian Online, artikel saya x diedit pun...ni adalah salah satu assignment yang
kitorang kene wat bagi subjek pemberitaan dan penulisan rencana...setiap orang
kene publish artikel...ada jugak kawan2 yang belum publish artikel lagi tapi
takpe,asalkan kita berusaha,Insyaallah ada hasilnya nanti....
Wednesday, 3 April 2013
Friday, 29 March 2013
CiRi-CiRi YaNg PeRLu Ada PaDa SEoRanG InSaN YanG diKeNaLi SeBaGai " JoURNaLiST"
Hampir setiap hari kita akan membeli surat khabar untuk mengetahui berita-berita terkini dan semasa..Bukan itu sahaja, kita juga dapat membaca artikel dan rencana sama ada di majalah mahupun surat khabar..Tetapi siapakah yang bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja penghasilan berita atau rencana? sudah pasti ini merupakan tanggungjawab seorang insan yang dikenali sebagai " journalist". Sebenarnya tugas seorang wartawan bukanlah satu tugas yang mudah kerana mereka perlu menghasilkan dan menyampaikan segala berita mahupun maklumat kepada orang ramai. Tugas seorang wartawan adalah membuat liputan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku tidak kira dimana peristiwa tersebut berlaku dan menjadikan bahan bacaan kepada orang ramai serta bijak untuk menghasilkan idea.
Sebenarnya, walaupun kita lihat kerja sebagai seorang journalist susah, tetapi dalam masa yang sama terdapat juga sesuatu yang menyeronokkan kerana apabila seorang wartawan perlu membuat liputan di tempat-tempat orang kenamaan,sudah pasti mereka dapat bertemu dengan orang-orang ternama seperti Perdana Menteri, golongan artis dan lain-lain.
Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang wartawan? ciri-ciri yang paling penting adalah seseorang wartawan itu perlu mempunyai kemahiran menulis, hebat dalam menguasai bahasa sama ada bahasa melayu mahupun bahasa inggeris. Tetapi jika seseorang wartawan itu memiliki dan berkemahiran lebih dari dua bahasa, itu merupakan satu keistimewaan dan bonus baginya. Ini kerana seorang wartawan perlu ada kemahiran untuk menghasilkan berita ataupun rencana yang mudah untuk difahami oleh pembaca.
Selain itu, dalam diri seorang wartawan juga perlu ada kemahiran berkomunikasi dengan jelas dan berkesan.Mereka juga perlu amanah dalam melakukan kerja mereka sebagai seorang wartawan kerana sebagai pembaca, kita mahukan sesuatu yang benar dan jelas. Seorang wartawan juga perlu telus dalam melaporkan dan membuat liputan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Tidak hairanlah jika saya berkata bahawa kerjaya sebagai seorang wartawan merupakan tanggungjawab yang berat bukan sahaja bagi mereka tetapi kepada orang ramai juga.
Seorang wartawan juga perlu accurate yang bermaksud ketepatan..Ini bermaksud setiap berita atau peristiwa yang berlaku, perlulah tepat dari segi maklumat, gambar dan lain-lain. Saya dan ahli kumpulan pernah interview seorang editor majalah ANIQAH yang pernah menjadi seorang wartawan, Puan Raihanah Binti Abdullah, melalui interview tersebut, beliau menceritakan pengalaman beliau menjadi seorang wartawan yang pada mulanya beliau menjadi seorang wartawan, beliau pernah dimarahi oleh orang ramai semata-mata mahu mendapatkan maklumat. Di samping itu juga, beliau menceritakan pada ketika beliau menjadi wartawan, beliau perlu ke library dan arkib negara untuk mendapatkan maklumat dan rujukan tetapi sekarang, segalanya berada di hujung jari. Kita boleh lihat betapa sukarnya seseorang wartawan itu mendapatkan maklumat. Seorang wartawan juga perlu bermain dengan masa dimana mereka mempunyai tarikh akhir untuk menghantar berita mereka kepada pihak editor. Beliau juga berkata antara sifat-sifat yang perlu ada pada seorang wartawan ialah bertanggungjawab, memastikan segala fakta dan maklumat adalah tepat dan menepati masa.
Kesimpulannya, bagi pendapat saya, kerjaya sebagai seorang wartawan sangatlah mencabar kerana jika tiada wartawan, kita sebagai masyarakat tidak akan tahu maklumat dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Jasa dan bakti seseorang wartawan itu perlu dikenang dalam dunia komunikasi kerana mereka berbakti dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Jadi tidak hairanlah jika peluang pekerjaan sebagai seorang wartawan dibuka luas dalam industri media massa..
Monday, 25 March 2013
MaKaNaN KaYa EnZiM
Nampak sedap je tengok buah ni.....nyum2....
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Hari ni saya nk kongsi tentang buah-buahan...tapi kat dunia ni ada jugak yang tak makan buah,,,sebenarnya banyak yang kita boleh dapat bila kita makan buah...setiap buah yang kita makan ada khasiat dan vitamin tersendiri..contohnya buah limau yang dapat memberi kita vitamin C pada tubuh..buah jugak boleh mencantikkan kulit bagi individu yang cukup menjaga kulit dan kesihatan...bukan luaran sahaja nampak cantik tetapi dalaman juga sihat...bukan buah-buahan je tapi macam2 jenis sayur, kekacang pun boleh bagi banyak khasiat pada tubuh...jom baca kat bawah ni...selamat membaca...
Adakah kita sedar makanan yang kita
ambil setiap hari mempunyai sumber enzim ataupun tidak? Disini saya ingin
berkongsi serba sedikit tentang jenis-jenis makanan yang mempunyai enzim dan
boleh memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita. Sebagaimana diketahui,
sumber enzim makanan boleh hadir daripada makanan segar dan diperam.
Bagaimanapun, memasak atau memanaskannya melebihi suhu akan menyahaktifkan
enzim. Makanan seperti betik, avocado, anggur, pisang, nanas, mangga, kurma, madu,
minyak zaitun dan tauge biasanya kaya dengan enzim. Mengambil makanan yang kaya
enzim bukan sahaja membantu penghadaman tetapi memperlahankan proses penuaan.
Pada masa yang sama, tenaga dan stamina akan meningkat selain membantu
menurunkan berat, menyihatkan kulit dan meningkatkan tahap kesihatan secara
umum.
Antara jenis-jenis makanan yang kaya
dengan enzim ialah:
1- BETIK
Kaya dengan enzim yang dikenali
sebagai papain yang membantu proses penghadaman.
2- NANAS
Nanas
segar tinggi enzim bromelain. Seperti betik, ia sejenis enzim proteolytic.
Selain menyumbang kepada penghadaman protein, bromelain merupakan bahan anti
keradangan semulajadi dan anti gumpalan. Bromelain paling banyak ditemui di
bahagian batang nanas berbanding buah.
3- KEKACANG DAN BIJIAN SEGAR
Secara umum, kesemua makanan segar
memiliki enzim yang membantu penghadaman. Kekacang dan bijian mengandungi
Lipase, enzim yang memecahkan lipid atau lemak. Namun begitu, anda disarankan
menikmatinya secara mentah, bukan dipanggang atau digoreng.
4- BUAH DAN SAYUR SEGAR
Seperti mana kekacang dan bijian,
sayur dan buahh mengandungi enzim yang bertindak terhadap karbohidrat. Amilase
ialah enzim penghadaman utama bagi metabolisme karbohidrat. Ia terdapat dalam
air liur. Itu sebabnya bagi meningkatkan kesihatan system penghadaman, lebihkan
saja pengambilan sayur dan buah.
Info
seperti ini amat penting bagi kita semua sebabnya berkait rapat dengan
pengambilan makanan yang kita ambil setiap hari. Tetapi ada juga yang tidak
makan sayur sedangkan sayur kaya dengan enzim yang sihat. Selain sayur-sayuran,
banyak jenis buah yang boleh kita makan untuk mendapatkan enzim dalam tubuh
badan kita. Dengan adanya enzim dalam tubuh badan kita, kita akan mendapat
tenaga dan memiliki metabolisme yang sihat, cergas dan cerdas. saya harap lepas ni sape yang tak makan buah,tak makan sayur, belajar la makan buah dan sayur untuk dapatkan badan yang sihat... InsyaAllah...
MiNuM SuSu UnTuK HiDuP LeBiH TeRaTuR
Semasa
berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi SAW dihidangkan dengan minuman
sebanyak dua kali, pertama di masjid al- Aqsa dan keduanya ketika Nabi berada
di Baitul Makmur. Pada awalnya, Baginda dihidangkan susu dan arak, kemudian
Nabi dihidangkan pula dengan susu, arak dan madu. Baginda tetap memilih meminum
susu walaupun ditawarkan sebanyak dua kali. Malaikat Jibrail menjelaskan
apabila meminum susu umat Muhammad berada pada jalan yang lurus.
Rasulullah
SAW tidak memilih arak kerana Baginda sendiri tidak meminumnya, apatah lagi
menjadikan ia sebagai tabiat. Sedangkan arak pada zaman itu menjadi kegemaran
masyarakat Arab jahiliah. Arak mampu membuat manusia ketagih tetapi jarang
benar kita mendengar ada yang ketagih susu atau madu.
Arak
adalah lambang kejahatan dan ibu kepada segala maksiat. Jika Nabi SAW memilih
arak, maka menandakan Islam cenderung kepada kejahatan, kerosakan dan
kemaksiatan.
Demikian
juga dengan madu. Madu adalah minuman kesihatan, bukan minuman rutin atau
harian. Tidak ada satu pun manusia yang hidup dengan meminum madu kerana madu
bukannya makanan fitrah manusia.
Susu
segar dalamnya terkandung air, mineral dan vitamin mencukupi untuk jasmani
manusia. Bayangkan seorang kanak-kanak yang diberi minum susu ibunya sewaktu
kecil akan sentiasa sihat, kuat dan mempunyai daya imunisasi tinggi berbanding
dengan arak dan madu. Susu diterima segenap lapisan bangsa, pada setiap masa
dalam apa-apa keadaan sekalipun.
...RaHSiA InDaH SoLaT LiMa WaKTu...jelas di mata, terang di hati...
Solat merupakan Rukun Islam yang
kedua dan diwajibkan ke atas semua umat Islam. Secara umumnya, solat memberikan
satu takrif iaitu satu ibadat yang asasi dalam perhubungan antara manusia
dengan Allah S.W.T. Manusia dapat mengingati Allah, dapat menghidupkan
pengakuan iman secara amali atau perbuatan dan dalam hati, mengingati
Rasulullah S.A.W, kepada Al-Quran dan membawa manusia ke jalan yang lurus serta
jalan yang diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.
Dalam
kehidupan seharian, kita sebagai umat Islam wajib menunaikan kewajipan kepada
Allah S.W.T iaitu solat lima waktu. Bukan itu sahaja, dengan solat juga, kita
dapat memohon apa sahaja permintaan serta diampunkan segala dosa-dosa yang
dilakukan. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Adakah kita
pernah terfikir, perbuatan solat yang kita lakukan setiap hari sebanyak lima
waktu terdapat rahsia yang tersirat disebaliknya? Setiap perbuatan solat yang
kita lakukan lima waktu sehari memberi makna dan rahsia yang tersendiri serta
cukup indah. Dan saya yakin setiap apa yang Allah beri kepada hambanya pasti
mempunyai hikmah dan memberi kebaikan kepada kita semua.
Firman
Allah S.W.T “ Dan mintalah
pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat” (surah Al-Baqarah: 153)
Terdapat
satu kisah Rasulullah ketika didatangi satu rombongan orang Yahudi ketika
baginda duduk bersama sahabat Muhajirin dan Ansar. Ali bin Abi Talib RA
berkata: “ sewaktu Rasulullah S.A.W duduk bersama sahabat Muhajirin dan Ansar,
tiba-tiba datang satu rombongan orang Yahudi lalu berkata: “ Ya Muhammad, kami
hendak bertanya kepada kamu kalimat yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa
AS yang tidak diberikan kecuali kepada nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.”
Lalu
Rasulullah S.A.W bersabda: “ Silakan bertanya.” Berkata orang Yahudi: “ Sila
terangkan kepada kami mengenai lima waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas
umatmu.”
Sabda
Rasulullah S.A.W: “ Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah
segala sesuatu kepada tuhannya. Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS memakan
‘buah khuldi’. Maghrib itu adalah saat Allah S.W.T menerima taubat Naabi Adam
AS.
“
Maka setiap mukmin yang bersembahyang maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia
berdoa meminta sesuatu kepada Allah S.W.T, maka pasti Dia akan menunaikan
permintaannya. Isyak ialah sembahyang yang dikerjakan oleh rasul
sebelumku.Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari
terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan.
Selepas
orang Yahudi mendengar penjelasan Rasulullah S.A.W, mereka berkata: “Memang
benar apa yang kamu katakana itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala
yang akan didapati oleh orang yang bersembahyang.”
Rasulullah
S.A.W bersabda: “ Jagalah waktu sembahyang terutama sembahyang yang
dipertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka jahanam. Orang
mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasanya
wap api neraka jahanam pada hari kiamat.”
Sabda
Rasulullah S.AW lagi: “ Manakala sembahyang Asar, adalah saat dimana Nabi Adam
AS memakan buah khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.
Selepas
itu, Rasulullah S.A.W membaca ayat yang bermaksud “ Jagalah waktu sembahyang,
terutama sekali sembahyang yang di pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah
saat dimana taubat Nabi Adam AS diterima. Seorang mukmin yang ikhlas
mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah S.W.T,
maka Allah S.W.T akan perkenankan.”
Sabda
Rasulullah S.A.W: “ Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat
gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan pada
waktu malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjemaah, Allah
S.W.T haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan
kepadanya cahaya untuk menyeberangi titian sirath.”
Sabda
Rasulullah S.A.W seterusnya: “ Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang
mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberikan
kepadanya oleh Allah S.W.T dua kebebasan iaitu dibebaskan daripada api neraka
dan dibebaskan daripada nifaq (orang yang munafiq).”
Begitulah
kisah Rasulullah tentang kelebihan semua waktu solat; Zuhur, Asar, Maghrib,
Isyak dan Subuh. Selain itu , dalam setiap perbuatan solat juga mempunyai makna
yang tersirat. Perbuatan solat yang dimaksudkan adalah niat sembahyang, berdiri
betul, Takbiratul Ihram, Al-Fatihah, Ruku’, I’tidal, Sujud, Duduk antara dua
sujud (awal), duduk antara dua sujud (akhir), Tahiyat Akhir, Selawat ke atas
Nabi S.A.W, Salam dan Tertib. Terdapat fadhilat disebalik perbuatan solat
antaranya:
- Niat sembahyang: sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia hingga ke akhirat.
- Berdiri betul: fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
- Takbiratul Ihram: fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
-Al-Fatihah: sebagai pakaian yang indah di dalam kubur.
- Ruku’: sebagai tikar kita dalam kubur.
- I’tidal: Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kauthar ketika di dalam kubur.
- Sujud: memagar kita ketika menyeberangi titian siratulmustaqim.
- Duduk antara dua sujud (awal): akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
-Duduk antara dua sujud (akhir): menjadi kenderaan ketika di padang Mahsyar.
- Tahiyat Akhir: sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur.
- Selawat ke atas Nabi S.A.W: sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
-Salam: memelihara kita di dalam kubur.
- Tertib: akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
- Niat sembahyang: sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia hingga ke akhirat.
- Berdiri betul: fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
- Takbiratul Ihram: fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
-Al-Fatihah: sebagai pakaian yang indah di dalam kubur.
- Ruku’: sebagai tikar kita dalam kubur.
- I’tidal: Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kauthar ketika di dalam kubur.
- Sujud: memagar kita ketika menyeberangi titian siratulmustaqim.
- Duduk antara dua sujud (awal): akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
-Duduk antara dua sujud (akhir): menjadi kenderaan ketika di padang Mahsyar.
- Tahiyat Akhir: sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur.
- Selawat ke atas Nabi S.A.W: sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
-Salam: memelihara kita di dalam kubur.
- Tertib: akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Kesimpulannya,
setiap apa yang diperintahkan oleh Allah
kepada hambaNya sebenarnya mempunyai hikmah yang tersendiri dan kadangkala kita
sendiri tidak menyedarinya. Sebagai umat Islam, kita perlu taat kepada perintah
Allah dan menjalankan kewajipan sebagai hambaNya dengan penuh ikhlas bagi
mendapatkan ganjaran yang besar di dunia mahupun di akhirat.
Friday, 22 March 2013
KuRaNg TiDuR BoLeH BaWa PeNyAKiT???
- Sistem imun anda boleh menjadi lemah. jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan yang lain. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.
- Anda sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah berat badan, tetapi jika mengalami kekurangan tidur yang kronik, anda akan mengalami masalah fungsi insulin.
- Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkarbohidrat.
- Susut berat badan. Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya mereka mengalami pertambahan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.
- Wanita yang terlalu terdedah kepada banyak cahaya pada waktu malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.
- Kurang tidur boleh menyebabkan anda stress dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.
- Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormon pertumbuhan yang membelehkan pembaharuan dan pemulihan sel-sel khusunya sel kulit, selain darah dan otak. Jika anda kurang tidur, anda akanlebih cepat kelihatan tua.
- Sekiranya kurang tidur,anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.
- Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga anda mudah terasa letih. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan.
Sebenarnya banyak lagi kesan kurang tidur...apa yang saya share ni hanya fakta...mungkin boleh bagi serba sedikit info kurang tidur... kesimpulannya, pastikan tidur kita cukup untuk mendapatkan fizikal dan mental yang cergas dan cerdas serta baik untuk kesihatan...
SeLaMat BeRaMaL... :)
...SeGaLaNyA TeNTaNg CoKLaT...
wah sedapnya........
- Memang tidak dinafikan, kebanyakan golongan dewasa dan kanak-kanak gemar menikmati makanan yang boleh dijadikan snek termasuklah coklat. Ada yang berpendapat coklat adalah punca kepada kegemukan tetapi ternyata ianya bukanlah menjadi penyebab kepada kegemukan. Saya juga gemar menikmati coklat kerana bagi pendapat saya,coklat adalah sesuatu yang manis dan memberi kelainan rasa apabila kita menikmatinya. Disebalik coklat, terdapat juga kelebihan dan keburukan coklat. Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang coklat.
- Coklat merupakan sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.
- Antara kelebihan coklat :
- Membantu meningkatkan memori dan hafalan.
- Membantu menguatkan hafalan.
- Membantu menajamkan mata dan minda.
- Membantu memulihkan keletihan saraf.
- Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
- Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan.
- Melambatkan proses penuaan.
- Makanan lengkap dan seimbang.
- Bukan penyebab kegemukan.
- Baik untuk jantung.
- Baik untuk kulit.
Disamping kebaikan dan khasiat coklat, terdapat juga keburukan coklat.Antaranya ialah :
- Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda terutama kepada mereka yang sedang menaikkan berat badan.
- Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
- Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada tenusu atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
.....................................................................................................................
Jadi kesimpulannya, nak makan coklat boleh tapi dengan kadar pengambilan yang sedikit. Kita juga mesti memilih coklat yang tinggi kandungan kokonya. Ini bermakana ia kurang kandungan mentega, gula, lesitin, vanila, susu dan lain-lain yang menjadikan coklat sebagai sayur berbanding gula-gula.
SeMoGa BeRMaNFaaT... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)