Semasa
berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi SAW dihidangkan dengan minuman
sebanyak dua kali, pertama di masjid al- Aqsa dan keduanya ketika Nabi berada
di Baitul Makmur. Pada awalnya, Baginda dihidangkan susu dan arak, kemudian
Nabi dihidangkan pula dengan susu, arak dan madu. Baginda tetap memilih meminum
susu walaupun ditawarkan sebanyak dua kali. Malaikat Jibrail menjelaskan
apabila meminum susu umat Muhammad berada pada jalan yang lurus.
Rasulullah
SAW tidak memilih arak kerana Baginda sendiri tidak meminumnya, apatah lagi
menjadikan ia sebagai tabiat. Sedangkan arak pada zaman itu menjadi kegemaran
masyarakat Arab jahiliah. Arak mampu membuat manusia ketagih tetapi jarang
benar kita mendengar ada yang ketagih susu atau madu.
Arak
adalah lambang kejahatan dan ibu kepada segala maksiat. Jika Nabi SAW memilih
arak, maka menandakan Islam cenderung kepada kejahatan, kerosakan dan
kemaksiatan.
Demikian
juga dengan madu. Madu adalah minuman kesihatan, bukan minuman rutin atau
harian. Tidak ada satu pun manusia yang hidup dengan meminum madu kerana madu
bukannya makanan fitrah manusia.
Susu
segar dalamnya terkandung air, mineral dan vitamin mencukupi untuk jasmani
manusia. Bayangkan seorang kanak-kanak yang diberi minum susu ibunya sewaktu
kecil akan sentiasa sihat, kuat dan mempunyai daya imunisasi tinggi berbanding
dengan arak dan madu. Susu diterima segenap lapisan bangsa, pada setiap masa
dalam apa-apa keadaan sekalipun.
No comments:
Post a Comment