JellyPages.com

Friday 29 March 2013

CiRi-CiRi YaNg PeRLu Ada PaDa SEoRanG InSaN YanG diKeNaLi SeBaGai " JoURNaLiST"


     Hampir setiap hari kita akan membeli surat khabar untuk mengetahui berita-berita terkini dan semasa..Bukan itu sahaja, kita juga dapat membaca artikel dan rencana sama ada di majalah mahupun surat khabar..Tetapi siapakah yang bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja penghasilan berita atau rencana? sudah pasti ini merupakan tanggungjawab seorang insan yang dikenali sebagai " journalist". Sebenarnya tugas seorang wartawan bukanlah satu tugas yang mudah kerana mereka perlu menghasilkan dan menyampaikan segala berita mahupun maklumat kepada orang ramai. Tugas seorang wartawan adalah membuat liputan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku tidak kira dimana peristiwa tersebut berlaku dan menjadikan bahan bacaan kepada orang ramai serta bijak untuk menghasilkan idea.

     Sebenarnya, walaupun kita lihat kerja sebagai seorang journalist susah, tetapi dalam masa yang sama terdapat juga sesuatu yang menyeronokkan kerana apabila seorang wartawan perlu membuat liputan di tempat-tempat orang kenamaan,sudah pasti mereka dapat bertemu dengan orang-orang ternama seperti Perdana Menteri, golongan artis dan lain-lain. 

     Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang wartawan? ciri-ciri yang paling penting adalah seseorang wartawan itu perlu mempunyai kemahiran menulis, hebat dalam menguasai bahasa sama ada bahasa melayu mahupun bahasa inggeris. Tetapi jika seseorang wartawan itu memiliki dan berkemahiran lebih dari dua bahasa, itu merupakan satu keistimewaan dan bonus baginya. Ini kerana seorang wartawan perlu ada kemahiran untuk menghasilkan berita ataupun rencana yang mudah untuk difahami oleh pembaca.

     Selain itu, dalam diri seorang wartawan juga perlu ada kemahiran berkomunikasi dengan jelas dan berkesan.Mereka juga perlu amanah dalam melakukan kerja mereka sebagai seorang wartawan kerana sebagai pembaca, kita mahukan sesuatu yang benar dan jelas. Seorang wartawan juga perlu telus dalam melaporkan dan membuat liputan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Tidak hairanlah jika saya berkata bahawa kerjaya sebagai seorang wartawan merupakan tanggungjawab yang berat bukan sahaja bagi mereka tetapi kepada orang ramai juga.

     Seorang wartawan juga perlu accurate yang bermaksud ketepatan..Ini bermaksud setiap berita atau peristiwa yang berlaku, perlulah tepat dari segi maklumat, gambar dan lain-lain. Saya dan ahli kumpulan pernah interview seorang editor majalah ANIQAH yang pernah menjadi seorang wartawan, Puan Raihanah Binti Abdullah, melalui interview tersebut, beliau menceritakan pengalaman beliau menjadi seorang wartawan yang pada mulanya beliau menjadi seorang wartawan, beliau pernah dimarahi oleh orang ramai semata-mata mahu mendapatkan maklumat. Di samping itu juga, beliau menceritakan pada ketika beliau menjadi wartawan, beliau perlu ke library dan arkib negara untuk mendapatkan maklumat dan rujukan tetapi sekarang, segalanya berada di hujung jari. Kita boleh lihat betapa sukarnya seseorang wartawan itu mendapatkan maklumat. Seorang wartawan juga perlu bermain dengan masa dimana mereka mempunyai tarikh akhir untuk menghantar berita mereka kepada pihak editor. Beliau juga berkata antara sifat-sifat yang perlu ada pada seorang wartawan ialah bertanggungjawab, memastikan segala fakta dan maklumat adalah tepat dan  menepati masa.

     Kesimpulannya, bagi pendapat saya, kerjaya sebagai seorang wartawan sangatlah mencabar kerana jika tiada wartawan, kita sebagai masyarakat tidak akan tahu maklumat dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Jasa dan bakti seseorang wartawan itu perlu dikenang dalam dunia komunikasi kerana mereka berbakti dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Jadi tidak hairanlah jika peluang pekerjaan sebagai seorang wartawan dibuka luas dalam industri media massa..



     


1 comment: