JellyPages.com

Friday 22 March 2013

KuRaNg TiDuR BoLeH BaWa PeNyAKiT???



Saya tertarik dengan topik yang saya pilih ni. Kurang tidur dan terlebih tidur pun boleh membawa penyakit. Sebagai seorang pelajar, hampir setiap hari saya tidur lewat tapi bukan sengaja untuk tidur lewat. Banyak assignment yang nak kena buat...kadang-kadang tengok cerita sebelum tidur.. bila ke kuliah atau tutorial, mulalah rasa mengantuk sebab tak cukup tidur. Salah sendiri la tak cukup tidur. Sebenarnya bagi golongan pelajar, kita kena pandai urus masa untuk belajar, rehat dan riadah...dengan cara macam tu, kita dapat seimbangkan fizikal dan mental kita...ada beberapa fakta tentang kurang tidur...jom share...


  • Sistem imun anda boleh menjadi lemah. jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan yang lain. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.
  • Anda sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah berat badan, tetapi jika mengalami kekurangan tidur yang kronik, anda akan mengalami masalah fungsi insulin.
  • Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkarbohidrat.
  • Susut berat badan. Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya mereka mengalami pertambahan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.
  • Wanita yang terlalu terdedah kepada banyak cahaya pada waktu malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.
  • Kurang tidur boleh menyebabkan anda stress dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.
  • Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormon pertumbuhan yang membelehkan pembaharuan dan pemulihan sel-sel khusunya sel kulit, selain darah dan otak. Jika anda kurang tidur, anda akanlebih cepat kelihatan tua.
  • Sekiranya kurang tidur,anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.
  • Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga anda mudah terasa letih. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. 

Sebenarnya banyak lagi kesan kurang tidur...apa yang saya share ni hanya fakta...mungkin boleh bagi serba sedikit info kurang tidur... kesimpulannya, pastikan tidur kita cukup untuk mendapatkan fizikal dan mental yang cergas dan cerdas serta baik untuk kesihatan...

SeLaMat BeRaMaL... :)

No comments:

Post a Comment