Solat merupakan Rukun Islam yang
kedua dan diwajibkan ke atas semua umat Islam. Secara umumnya, solat memberikan
satu takrif iaitu satu ibadat yang asasi dalam perhubungan antara manusia
dengan Allah S.W.T. Manusia dapat mengingati Allah, dapat menghidupkan
pengakuan iman secara amali atau perbuatan dan dalam hati, mengingati
Rasulullah S.A.W, kepada Al-Quran dan membawa manusia ke jalan yang lurus serta
jalan yang diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.
Dalam
kehidupan seharian, kita sebagai umat Islam wajib menunaikan kewajipan kepada
Allah S.W.T iaitu solat lima waktu. Bukan itu sahaja, dengan solat juga, kita
dapat memohon apa sahaja permintaan serta diampunkan segala dosa-dosa yang
dilakukan. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Adakah kita
pernah terfikir, perbuatan solat yang kita lakukan setiap hari sebanyak lima
waktu terdapat rahsia yang tersirat disebaliknya? Setiap perbuatan solat yang
kita lakukan lima waktu sehari memberi makna dan rahsia yang tersendiri serta
cukup indah. Dan saya yakin setiap apa yang Allah beri kepada hambanya pasti
mempunyai hikmah dan memberi kebaikan kepada kita semua.
Firman
Allah S.W.T “ Dan mintalah
pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat” (surah Al-Baqarah: 153)
Terdapat
satu kisah Rasulullah ketika didatangi satu rombongan orang Yahudi ketika
baginda duduk bersama sahabat Muhajirin dan Ansar. Ali bin Abi Talib RA
berkata: “ sewaktu Rasulullah S.A.W duduk bersama sahabat Muhajirin dan Ansar,
tiba-tiba datang satu rombongan orang Yahudi lalu berkata: “ Ya Muhammad, kami
hendak bertanya kepada kamu kalimat yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa
AS yang tidak diberikan kecuali kepada nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.”
Lalu
Rasulullah S.A.W bersabda: “ Silakan bertanya.” Berkata orang Yahudi: “ Sila
terangkan kepada kami mengenai lima waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas
umatmu.”
Sabda
Rasulullah S.A.W: “ Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah
segala sesuatu kepada tuhannya. Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS memakan
‘buah khuldi’. Maghrib itu adalah saat Allah S.W.T menerima taubat Naabi Adam
AS.
“
Maka setiap mukmin yang bersembahyang maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia
berdoa meminta sesuatu kepada Allah S.W.T, maka pasti Dia akan menunaikan
permintaannya. Isyak ialah sembahyang yang dikerjakan oleh rasul
sebelumku.Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari
terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan.
Selepas
orang Yahudi mendengar penjelasan Rasulullah S.A.W, mereka berkata: “Memang
benar apa yang kamu katakana itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala
yang akan didapati oleh orang yang bersembahyang.”
Rasulullah
S.A.W bersabda: “ Jagalah waktu sembahyang terutama sembahyang yang
dipertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka jahanam. Orang
mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasanya
wap api neraka jahanam pada hari kiamat.”
Sabda
Rasulullah S.AW lagi: “ Manakala sembahyang Asar, adalah saat dimana Nabi Adam
AS memakan buah khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.
Selepas
itu, Rasulullah S.A.W membaca ayat yang bermaksud “ Jagalah waktu sembahyang,
terutama sekali sembahyang yang di pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah
saat dimana taubat Nabi Adam AS diterima. Seorang mukmin yang ikhlas
mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah S.W.T,
maka Allah S.W.T akan perkenankan.”
Sabda
Rasulullah S.A.W: “ Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat
gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan pada
waktu malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjemaah, Allah
S.W.T haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan
kepadanya cahaya untuk menyeberangi titian sirath.”
Sabda
Rasulullah S.A.W seterusnya: “ Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang
mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberikan
kepadanya oleh Allah S.W.T dua kebebasan iaitu dibebaskan daripada api neraka
dan dibebaskan daripada nifaq (orang yang munafiq).”
Begitulah
kisah Rasulullah tentang kelebihan semua waktu solat; Zuhur, Asar, Maghrib,
Isyak dan Subuh. Selain itu , dalam setiap perbuatan solat juga mempunyai makna
yang tersirat. Perbuatan solat yang dimaksudkan adalah niat sembahyang, berdiri
betul, Takbiratul Ihram, Al-Fatihah, Ruku’, I’tidal, Sujud, Duduk antara dua
sujud (awal), duduk antara dua sujud (akhir), Tahiyat Akhir, Selawat ke atas
Nabi S.A.W, Salam dan Tertib. Terdapat fadhilat disebalik perbuatan solat
antaranya:
- Niat sembahyang: sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia hingga ke akhirat.
- Berdiri betul: fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
- Takbiratul Ihram: fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
-Al-Fatihah: sebagai pakaian yang indah di dalam kubur.
- Ruku’: sebagai tikar kita dalam kubur.
- I’tidal: Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kauthar ketika di dalam kubur.
- Sujud: memagar kita ketika menyeberangi titian siratulmustaqim.
- Duduk antara dua sujud (awal): akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
-Duduk antara dua sujud (akhir): menjadi kenderaan ketika di padang Mahsyar.
- Tahiyat Akhir: sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur.
- Selawat ke atas Nabi S.A.W: sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
-Salam: memelihara kita di dalam kubur.
- Tertib: akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
- Niat sembahyang: sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia hingga ke akhirat.
- Berdiri betul: fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
- Takbiratul Ihram: fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
-Al-Fatihah: sebagai pakaian yang indah di dalam kubur.
- Ruku’: sebagai tikar kita dalam kubur.
- I’tidal: Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kauthar ketika di dalam kubur.
- Sujud: memagar kita ketika menyeberangi titian siratulmustaqim.
- Duduk antara dua sujud (awal): akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
-Duduk antara dua sujud (akhir): menjadi kenderaan ketika di padang Mahsyar.
- Tahiyat Akhir: sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur.
- Selawat ke atas Nabi S.A.W: sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
-Salam: memelihara kita di dalam kubur.
- Tertib: akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Kesimpulannya,
setiap apa yang diperintahkan oleh Allah
kepada hambaNya sebenarnya mempunyai hikmah yang tersendiri dan kadangkala kita
sendiri tidak menyedarinya. Sebagai umat Islam, kita perlu taat kepada perintah
Allah dan menjalankan kewajipan sebagai hambaNya dengan penuh ikhlas bagi
mendapatkan ganjaran yang besar di dunia mahupun di akhirat.
Amin yarabbalalamin...
ReplyDeleteAssalamualaikum, hadith ini sebenarnya hadith palsu. http://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=382:hadis-palsu-tentang-sebab-pensyariatan-solat-5-waktu&catid=42:soal-jawab-agama&Itemid=131
ReplyDelete